Nepal haram mas kahwin & sistem kasta

Bekas ketua gerila Maoist yang dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal, Prachanda mengharamkan sistem mas kahwin dan kasta berdiskriminasi sebagai cara untuk meraih sokongan rakyat bagi membina sokongan terhadap kerajaannya yang semakin lemah.

Dalam ucapannya selama 30 minit di televisyen semalam, Perdana Menteri itu menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap prestasi kerajaan dan menyeru semua parti untuk membentuk persefahaman politik yang baru.

''Saya merayu semua pemimpin politik untuk membina satu pemahaman politik yang baru yang dipersetujui bersama bagi menjadikan Nepal sebuah negara yang aman dan berjaya,'' kata Prachanda atau nama sebenarnya Pushpa Kamal Dahal.

Dahal lebih dikenali sebagai Prachanda yang bermaksud 'Garang' di kalangan penduduk Nepal itu menjadi Perdana Menteri apabila parti Maoits memenangi pilihan raya April tahun lalu dengan janji 'Nepal Baru.'

Semasa pilihan raya lalu, Perdana Menteri mengumumkan rancangan untuk memansuhkan sistem mas kahwin dan kasta berdiskriminasi yang merupakan jaminannya untuk mengubah masyarakat Nepal.

''Seminggu dari sekarang, sistem mas kahwin diharamkan sama sekali. Sesiapa yang memberi dan mengambil akan berdepan dengan tindakan undang-undang,'' katanya,

Bagi pengharaman sistem kasta berdiskriminasi pula, beliau menyifatkannya sebagai 'tidak berperikemanusiaan.'

Sesiapa yang berdepan dengan diskriminasi dikategorikan sebagai "ditindas'' dan memalukan negara sendiri.

- AFP Nepal haram mas kahwin & sistem kasta

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.