Kata-Kata Hikmat

Tiga hal yang buruk dan merugikan: dusta, malas dan putus asa (pesimis).


Tanda kedunguan dan kebodohan ialah bila seseorang melakukan apa yang dilarang. Dan tanda ketinggian darjat akal sesorang ialah bila orang lain selamat dari lidah dan tangannya (kejahatan, keburukan dan gangguannya).


Kesohoran dan kepopularan adalah keharuman dari amal dan jasa mulia.


Tidak ada keadilan dalam kebenaran dan tidak ada kebenaran dalam keadilan.


Segala yang telah lampau terasa indah kerana hal itu tidak akan berulang kembali.


Dunia tidak sempit bagi orang yang berwatak dermawan.


Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki orang lain.


Orang yang berakal ialah yang ingat mati dan tidak melupakan kehidupan.


Wanita yang berparas cantik tidak memerlukan dandan yang berlebihan dan wanita yang berdandan berlebihan adalah wanita yang mengakui kejelekan parasnya.


Sejak manusia hidup, rumahtangga adalah pusat kesenangan dan kebahagiaan. Tetapi sekarang ini cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga makin kering dan kaku. Kelemahan tiap orang adalah mencari ketenangan dan ketenteraman di luar rumahtangganya. Dan ini lah musibah keluarga.


Cara yang paling baik menghadapi masa depan ialah melaksanakan pekerjaan yang anda hadapi sekarang ini dengan seluruh tenaga, semangat dan kecekapan (keahlian) sesempurna-sesempurnanya.


Pesimisme adalah titik hitam di alam terang benderang dan optimisme adalah nyala lilin yang menerangi jalan yang gelap.


Orang yang paling sesat ialah yang lebih percaya kepada adat isitiadat nenek moyang mereka daripada akal sihat mereka sendiri.


Kehidupan adalah harapan dan orang yang kehilangan harapan adalah kehilangan kehidupannya.


Tinggalkanlah kemuliaan, jangan kau pergi mencarinya. Duduklah, sebab kau hanyalah pencari pakaian dan makanan. Allah merendahkan kaum lemah yang lemah fikiran dan cita-citanya. Hidup ini sekadar mendapatkan pakaian dan makanan.


Barangsiapa dengan gigih mempertahankan pendiriannya sendiri maka dia akan binasa,


Mata yang redha kabur melihat segala cacat. Mata kebencian menampakkan segala kesalahan.


Meletihkan tubuh hari ini agar beristirehat esok hari adalah lebih baik daripada beristirehat hari ini untuk keletihan esok hari.


Orang yang mendatangkan bencana bagi bangsanya ialah orang yang tidak pernah menyebar benih pertanian, bata pembangunan, menenun tekstil atau mendidik dan mengajar, tetapi orang yang menjadikan politik sebagai mata pencarian.


Kekayaan yang hilang bisa dikejar dengan tekun bekerja. Kesihatan yang hilang bisa dipulihkan dengan ubat-ubatan. Tetapi waktu dan kesempatan yang hilang tidak bisa dikejar kembali. Kata-Kata Hikmat

2 comments.. read them below or add one

Zahari Ismail Zahari Ismail Selasa, 27 Januari 2009 pada 5:21:00 PTG SGT
bapak saya tnaya saya...kau nak tak kebodohan...saya menjawap tak ada siapa kat dunia ne nak jadi bodoh...bapak saya berkata..adalah lebih penting kita cuba memahami orang lain dari kita cuba memaksa orang lain tok paham kita.semua kejadian adalah pelengkap petanda kebesarannya.

yag susah saya nak buat adalah untuk menerina apa aje keadaan yang tehidang...doakan saya tuan.
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 27 Januari 2009 pada 6:56:00 PTG SGT
Nasihat orang tua memang ada gunanya
mereka lebih banyak makan garam dari kita
semoga Allah merahmati saudara :)

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.