Jepun lancar satelit


JEPUN hari ini melancarkan sebuah roket yang membawa satelit bagi memantau gas rumah hijau.

Roket H-2A itu turut membawa tujuh satelit lebih kecil dalam misi yang boleh meningkatkan prospek perniagaan bagi program angkasa lepas negara ini yang kesempitan dana.

Lapan satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas itu merupakan bilangan terbesar yang pernah dibawa dengan sebuah roket Jepun.

Roket H-2A itu dilancarkan dari pulau kecil Tanegashima, 1,000 kilometer ke selatan Tokyo, selepas pelancaran tergendala dua hari disebabkan cuaca buruk.

Satelit utama akan membolehkan saintis menghitung ketumpatan karbon dioksida dan metana dari 56,000 lokasi di permukaan bumi.

- REUTERS

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.