KIST perkenal program baru

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) memperkenalkan program baru, Pengajian Terapi Cara Kerja mulai sesi pembelajaran Januari depan.

KIST mempunyai 13 program pengajian peringkat diploma dalam bidang sains kesihatan dan pengurusan termasuk Pembantu Perubatan, Kejururawatan dan x-Ray.

Ketua Eksekutif (Pengambilan Pelajar) KIST, Noor Haslina Abdullah, berkata bagi sesi pengajian 2009, pihaknya mensasarkan pendaftaran 2,000 pelajar baru termasuk ditaja Kementerian Kesihatan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi tiga sesi pengambilan sepanjang tahun depan.

Beliau berkata, sesi pendaftaran pengajian bermula Januari ini dibuat secara terbuka mulai Selasa depan dan dijangka mampu menarik kemasukan 600 pelajar baru.

“Bagi pendaftaran pengajian Januari ini, seramai 600 pelajar dijangka mendaftar. Selain pendaftaran secara terbuka, KIST menerima empat pelajar ditaja UiTM untuk Diploma Pembantu Perubatan selain 60 pelajar tajaan Kementerian Kesihatan kursus Sains Kesihatan.

“Bagi pendaftaran pengajian Januari ini, seramai 600 pelajar dijangka mendaftar. Selain pendaftaran secara terbuka, KIST menerima empat pelajar ditaja UiTM untuk Diploma Pembantu Perubatan selain 60 pelajar tajaan Kementerian Kesihatan kursus Sains Kesihatan. KIST perkenal program baru

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.