Jenaka Terkini

Ramai Sangat Angkasawan

Cikgu: Siapa mahu menjadi angkasawan, angkat tangan.

Semua murid-murid tahap tiga mengangkat tangan kecuali hanya seorang daripada semua 40 orang murid.

Cikgu: Mengapa kamu seorang tidak mahu menjadi angkasawan?

Mamat: Di sini saja dah 39 orang, kalau dicampur dari murid sekolah lain entah berapa ribu jumlahnya. Kapal angkasa hanya boleh muat tiga orang saja dan ISS belum lagi seluas padang bola, cikgu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sendat

Wartawan: Apa pandangan tuan kalau PLUS hapuskan tol sepenuhnya.

Pemandu: Saya tak setuju sama sekali, ditakuti Lebuhraya Plus sendat dengan kenderaan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Takut Bercerai

Pengancara: Mengapa mendadak saja mahu berhenti menjadi artis?

Artis: Sebab saya dah nak kawin.

Pengancara: Apa pula kaitannya?

Artis: Takut bercerai.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Syariat Bermusim

Peminat 1: Kalau tak silap, wanita bertudung tadi tu macam kenal aje,

Peminat 2: Siapa lagi, artis yang kita minati tulah.

Peminat 1: Eh, mengapa bertudung pula, biasanya terbuka aje?

Peminat 2: Sebab hadir di Mahkamah Syariah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tiada Janggut

Pemuda: Uncle, apa tanda yang mudah sebagai bukti Tuhan itu Maha Berkuasa.

Uncle: Lihatlah yang dekat dengan kita, contohnya bulu kening dan bulu mata, tak pernah panjang dan dagu perempuan juga tiada janggut.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Satu Kapal Terbang Lain Destinasi

Sekumpulan 5 orang kaum Badwi pertama kali menaiki kapal terbang dari Amman Jordan untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Kebiasaannya Kaum Badwi ini melalui jalan darat. Sebaik sahaja mereka menaiki pesawat, mereka terus duduk dikelas pertama. Pramugari gagal memujuk mereka untuk pindah ketempat duduk mereka yang sebenar iaitu dikelas ekonomi. Macam-macam cara telah dibuat untuk memujuk sekumpulan Badwi tersebut, namun usaha mereka gagal. Maka timbullah sedikit kekecohan kerana penumpang yang sepatutnya duduk dikelas pertama terpaksa menunggu kerana tempat duduk mereka diambil oleh sekumpulan kaum Badwi itu. Terpaksalah Kapten Kapal Terbang tersebut keluar dan membisikan sesuatu kepada setiap orang dari kaum Badwi tersebut. Selepas mendengar bisikan dari Kapten Kapal Terbang itu, sekumpulan Badwi itu lantas bangun dan segera beredar menuju ketempat duduk mereka yang sebenar.

Ketua Pramugari: Apa yang tuan bisikkan kepada mereka tadi?

Kapten: Dibahagian hadapan Kapal Terbang ini akan menuju ke Amerika, bahagian belakang akan menuju ke Mekah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nak Beri Makan Kawan

Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah. Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.

Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?

Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pemandu Mengantuk

Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.

Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?

Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.

Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.

Penumpang: Kuantan tu di mana?

Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.

Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.

Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?

Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Salah Faham

Isteri: Abang, dua tahun kita bercinta penuh keindahan. Kita makan berkongsi sepinggan, juga berkongsi minum segelas, pergi pejabat pun bergilir kongsi kereta. Sekarang ini belum pun setahun usia perkahwinan kita, sudah tiada lagi keindahan seperti itu. Ani mengharapkan ianya berulang.

Suami: Jangan harap. Tak mungkin berulang. Dulu tu abang terpaksa buat bagitu untuk berjimat, sebab hantaran kahwin Ani mahal sangat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Senyum RM

Suami: Dulu yang abang jatuh hati dekat Nora masa Nora kerja Pramugari sebab tengok Nora sentiasa senyum. Ketika pesawat bergegar pun Nora tetap senyum melayan penumpang. Tapi mengapa tidak begitu ketika dirumah? Masaalah kecil pun Nora dah masam muka.

Isteri: Dulu tu senyum berbayar.

Suami: Ganjaran senyum di rumah lagi lumayan, boleh layak dapat Syurga diakhirat kelak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lebih Baik Bercerai Sekarang

Dara: Uda, Dara nak tanya sikit. Bagaimana perasaan Uda andainya percintaan kita ini putus ditengah jalan, tak sampai ke destinasi akhir iaitu gerbang perkahwinan?

Uda: Eh, elok, memang elok sangat, tak jatuh maruah sebab tak perlu turun naik Mahkamah Syariah, wartawan tak laporkan dimedia dan Dara pun tak tuntut apa-apa, kan, kan, kan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bila Nak Selesai?

Tauke: Engkau agak mengapa pemimpin politik memberi rasuah?

Pelanggan: Sebab ahli parti ambil duit rasuah itu.

Tauke: Agaknya, apa sebab pula ahli parti ambil duit rasuah itu?

Pelanggan: Sebab pemimpin mereka beri rasuah.

Tauke: Kalau macam itu bila akan tamat rasuah politik?

Pelanggan: Bila parti politik dah tak ada. Atau semua ahli parti takutkan Tuhan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Jenaka Terkini

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.