Aurat Lelaki

1. Aurat lelaki dari bawah pusat ke bawah lutut(bermaksud lutut termasuk aurat). Antara dalilnya:

Drpd Amr bin Shuayb drpd bapanya, drpd datuknya, "Sekiranya seseorang drpd kamu berkahwin dgn hamba perempuan, hamba lelaki atau pekerjanya, maka jgnlah kamu melihat selain drpd apa yg di atas pusat serta lutut. Sesungguhnya apa yg di bawah pusat hingga ke lutut itu adalah aurat."[HR Daruqutni, Ahmad dan Abu Daud. Namun hadis ini dhaif]

Drpd Abi Ayyub, "Apa yg di atas kedua2 lutut itu adalah aurat dan apa yg di bawah lutut itu juga aurat."[HR Daruqutni. Hadis ini gharib]

Mazhab Maliki

Aurat terbhg kpd 2:
1. Aurat berat(Mughalazah)
lelaki: kemaluan dubur dan hdpn.
perempuan: seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan, dada dan bhgn belakang setentang dada.
hamba perempuan: kedua2 punggung dan yg terdpt antaranya spt dubur.

2. Aurat ringan(mukhafafah)
lelaki: selain aurat berat, iaitu antara pusat dan lutut

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

Mazhab Syafi'i

1. Aurat lelaki dgn lelaki asing dan jg bukan mahram ialah antara pusat dan lutut berdasarkan riwayat berikut:

Drpd Abu Sa'id al-Khudri, "Aurat org mu'min ialah antara pusat dan lututnya."

"Jgnlah kamu mendedahkan pahamu dan jgnlah kamu melihat aha org yg hidup dan mati."[HR Malik, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]

Pendpt yg sahih di kalangan mazhab syafi'i, pusat dan lutu itu bukan aurat. Dalilnya:

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

tetapi diwajibkan menutup sebhgn dr lutut dan pusat itu bagi memenuhi tuntutan menutup aurat itu. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah;
'Apa saja yg wajib tidak menjadi sempurna melainkan dgnnya, ia menjadi wajib

Mazhab Hanbali

1. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Tetapi pusat dan lutut itu bukanlah aurat etapi hanyalah batas auratsptmana pendpt Syafi'iyyah. Dalilnya juga sama spt yg dilampirkan sblm ini.

Tetapi dalam sembahyang, bagi hanbaliah, wajib bahu ditutup sebelah berdasarkan dalil berikut:

Drpd Abu Hurairah bhw Rasulullah saw bersabda, "Jgnlah ada antara kalian mengerjakan solat dgn satu kain tanpa ada sesuatupun apapun di atas bahu."[HR Bukhari, Muslim dan lain2]

Org lelaki juga ketika sendirian diwajibkan menutup aurat berdasarkan dalil yg diberikan sblm ini. Aurat Lelaki

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.