Otak cergas banyak guna Internet

Satu kajian saintis Amerika Syarikat mendapati pengguna komputer berusia 50-an yang banyak melakukan pencarian maklumat di Internet, merangsang pertumbuhan otak untuk mengawal membuat keputusan dan menyelesai masalah kompleks.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa aktiviti pencarian laman web dapat membantu merangsang dan menambahbaik fungsi otak.

Profesor Universiti California, Gary Small yang menjadi ketua penyiasat, berkata teknologi perkomputeran memberi kesan psikologi serta manfaat kepada golongan berkenaan.

“Pencarian Internet membuat otak aktif. Sebagaimana umur meningkat, beberapa penstrukturan dan fungsi otak turut berubah, termasuklah mengecut, pengurang aktiviti di dalam sel, pertambahan plak amyloid dan kekusutan atau memberi kesan kepada daya ingatan,” katanya.

Oleh itu, menurut Prof Gary, meneruskan aktiviti yang boleh menyebabkan otak kita terus cergas dapat mengekalkan kesihatan otak serta daya ingatannya.

“Secara tradisional, aktiviti seperti membuat teka silang kata akan menyebabkan otak terus cergas, namun dalam konteks kemajuan teknologi pada hari ini, saintis mula menilai pengaruh penggunaan komputer ke arah positif,” katanya. Otak cergas banyak guna Internet

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.