Panduan Ketika Membuat Kredit

Sebelum membeli secara kredit, buat pertimbangan terlebih dahulu supaya kredit tersebut tidak membebankan.






Buat tinjauan beberapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang terendah.


Pastikan bahawa anda mampu memenuhi tanggungan kewangan.


Gunakan untuk perbelanjaan utama seperti pembelian rumah dan kenderaan.


Baca kontrak pinjaman dengan teliti sebelum menandatangani.


Jangan menandatangani borang kontrak yang kosong.


Tentukan sama ada pemilikan serta merta barangan yang dibeli itu berpatutan dengan kos kredit yang terpaksa ditanggung.


Pastikan pinjaman tidak dibuat dengan pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.


Pinjam pada jumlah yang terendah yang diperlukan dan bukannya pada jumlah maksimum.


Apabila membeli secara kredit, pastikan mutu barangan adalah sama jika membeli secara tunai.


Jelaskan dahulu pinjaman sedia ada sebelum membuat pinjaman yang baru.


Pastikan jika terdapat sebarang bayaran tambahan.


Dapatkan maklumat lengkap tentang polisi pinjaman jika tidak dapat menepati bayaran pada masa yang ditetapkan. Panduan Ketika Membuat Kredit

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.