Formula 6K pilih calon pemimpin yang bermutu

Kriteria 6K dilihat antara kriteria utama perlu ada pada calon yang hendak dipilih perwakilan.

Kepemimpinan: Calon yang perlu dipilih adalah calon yang mampu memimpin dan bukannya dipimpin. Mereka perlu mempunyai ciri kepemimpinan yang mampu mengikut kehendak dan keperluan parti. Pemimpin transformasi mampu membawa perubahan pada parti. Pemimpin perlulah rajin, amanah, beretika dan mampu memahami kehendak dan keperluan ahli parti dan masyarakat. Kepemimpinan diri yang teguh perlu dimiliki pemimpin dengan gaya kepemimpinan yang fleksibel mengikut hala tuju parti.

Kesetiaan: Calon perlu dilihat mempunyai kesetiaan yang teguh pada parti ketika masa susah dan senang, harus diberi perhatian oleh perwakilan. Tambahan lagi senario politik semasa yang bergoncang kerana tekanan pihak pembangkang untuk menubuhkan kerajaan dengan menggunakan strategi menarik ahli yang lemah tahap kesetiaan mereka pada parti.

Komitmen: Kuasa yang diperoleh ada ketikanya melalaikan sesetengah pemimpin dan tidak mampu memberi komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan. Pilihlah pemimpin yang komited dan bertanggungjawab bagi meraih kepercayaan masyarakat terhadap Umno.

Kerjasama: Calon yang boleh bekerjasama dengan pelbagai peringkat akar umbi parti perlulah diberi perhatian. Tiada ruang untuk calon sombong dan syok sendiri untuk dipilih perwakilan.

Kreativiti: Calon yang bertanding perlulah proaktif, produktif dan positif dalam tindakan dan pemikiran bagi membentuk diri menjadi pemimpin yang kreatif dalam menangani cabaran berpolitik masa kini dan hadapan.

Ketrampilan: Calon yang mempunyai ketrampilan fizikal yang baik mampu memfokuskan kepercayaan perwakilan. Sekarang ini masyarakat suka menilai orang lain secara luaran, menjadi pengukuran masyarakat dan calon perlulah mempamerkan personaliti yang diterima pakai oleh perwakilan.

Begitulah antara pandangan saya mengenai kriteria yang perlu dinilai perwakilan terhadap calon yang bertanding. Kepada calon yang bertanding, berusahalah dengan jujur dan ikhlas untuk menang dan jangan sesekali terbabit dengan politik wang atau politik tingkah laku. Biarlah kemenangan atau kekalahan nanti menjadi kekalahan atau kemenangan secara berprinsip dan dihormati perwakilan dan ahli Umno khususnya dan ahli masyarakat amnya. Formula 6K pilih calon pemimpin yang bermutu

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.