Taufan Ike landa Texas

Ratusan ribu penduduk menjauhkan diri dari kawasan tepi pantai yang menjadi laluan Taufan Ike, kelmarin ketika bencana alam itu dijangka melanda Pantai Teluk Texas dan mengancam kawasan sekitar Houston.

Pusat Taufan Kebangsaan berkata Taufan Ike berada pada tahap bahaya Kategori Dua iaitu dengan kelajuan angin 160 kilometer sejam dijangka tiba di tepi pantai itu selewat-lewatnya hari ini dan ia berpotensi bertukar menjadi Kategori Tiga dengan angin berkelajuan lebih 178 kilometer sejam.

Ribut itu kini mengancam Houston iaitu bandar keempat paling ramai penduduk di Amerika Syarikat selain pusat industri minyak.

Pegawai berkuasa bagaimanapun meminta penduduk berlindung dalam bangunan.

"Mereka lebih selamat dan dalam keadaan lebih baik jika mereka menetap di suatu tempat," kata Datuk Bandar Houston, Bill White.

Ribut itu tiba 10 hari selepas Taufan Gustav memaksa dua juta penduduk meninggalkan pantai Louisiana dan mengancam New Orleans yang terjejas akibat Taufan Katrina pada 2005.

"Mesej terpenting yang dapat saya sampaikan adalah jangan memandang ringan mengenai ribut ini, ia bukan ribut yang boleh dibuat main," kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Michael Chertoff di Washington. – Reuters

Kira-kira 600,000 penduduk di kawasan rendah sudah diarahkan berpindah termasuk penduduk di Galveston iaitu bandar kepulauan yang memiliki 280,000 penduduk dan terletak 80 kilometer di selatan Houston.

"Kami sedang cuba keluar dari kawasan ini, mereka akan menutup lampu dan bekalan air dan ia bukanlah situasi yang baik," kata pelajar, Nykera Allen yang sedang bersiap untuk memandu ke San Antonio di tengah Texas.

Sementara itu, New Orleans yang teruk dilanda Katrina yang membanjiri 80 peratus daripada bandar raya itu, berkemungkinan bukan menjadi laluan Ike tetapi masih dalam kawasan amaran ribut tropika.

Presiden George W Bush mengisytiharkan darurat di Louisiana akibat ribut itu dan mengarahkan bantuan persekutuan disediakan untuk membantu mangsa bencana alam itu. - Reuters Taufan Ike landa Texas

1 comment... add one now

hisoul hisoul Isnin, 15 September 2008 pada 3:37:00 PTG SGT
apa perasaan awk tentang ribut Ike nie? cla2 la dtg kt blog sye...www.hisoul.blogspot.com

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.