Petua Kencing Manis & Tanda-Tanda Awal

Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS

1. kerap membuang air kecil

2. berat badan yang menurun

3. sentiasa merasa lapar

4. sentiasa merasa haus dahaga

5. letih yang tidak menentu

6. pandangan semakin menjadi kabur

7. mudah mendapat penyakit kulit

8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan

9. merasa penat dan sakit kaki

10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha


Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus

2. hilang selera untuk makan

3. muntah-muntah

4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri

5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut


Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti

2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji

3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya

4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya

5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga

6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

UBATNYA

Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya' Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.

MEREDAKAN KENCING MANIS

ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari.

"BAGI SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA" Petua Kencing Manis & Tanda-Tanda Awal

{ 7 comments.. read them below or add one }

Suhaili Suhaili Rabu, 16 Jun 2010 pada 1:31:00 PTG SGT
macamana untuk orang mengandung, adakah ada kesan sampingan?
anna anna Khamis, 28 Jun 2012 pada 9:10:00 PTG SGT
blh juga rebus daun pandan dgn timun jepun, baik utk kencing manis dan darah tinggi
Hayati Talib Hayati Talib Selasa, 31 Julai 2012 pada 1:41:00 PTG SGT
klu ibu-ibu yg mengandung,mcm mn ye..ada risiko ke dan adakah ank dlm kandungan akan meninggal???
Fadzil Bin Ahmad Fadzil Bin Ahmad Rabu, 7 November 2012 pada 8:45:00 PG SGT
Info dalam artikel ni padat dan tepat berkenaan kencing manis. Thanks.
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, 31 Januari 2013 pada 12:19:00 PG SGT
Petai belalang 2 macm mane?
atonaton Jumaat, 9 Ogos 2013 pada 10:25:00 PTG SGT
ubat kampung apa tuk cegah diabetis,slain ubat doktor.
haslin haslin Jumaat, 29 November 2013 pada 2:28:00 PG SGT
Vivix shaklee boleh membantu mengatasi masalah kencing manis
.sila hubungi saya untuk dapatkan harga promosi november ini. 0194195001.
https://www.facebook.com/pages/Kotak-Vitamin-Haslin/182840308566624

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.